Dr M: Saya tak tahu tentang Projek M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan memang ada 'pihak' yang terbabit dalam mengeluarkan kad pengenalan (KP) kepada rakyat asing di Sabah tetapi menafikan Umno terbabit dalam rancangan sulit untuk menambahkan bilangan pengundinya dengan memasukkan nama pendatang haram dalam senarai pemilih.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan memang ada 'pihak' yang terbabit dalam mengeluarkan kad pengenalan (KP) kepada rakyat asing di Sabah tetapi menafikan Umno terbabit dalam rancangan sulit untuk menambahkan bilangan pengundinya dengan memasukkan nama pendatang haram dalam senarai pemilih.
Apabila ditanya lebih lanjut sama ada beliau mengetahui mengenai rancangan untuk memberi KP kepada rakyat asing supaya mengundi Umno, bekas Perdana Menteri itu berkata: "Tidak. Bukan saya."
Beliau bagaimanapun mengelak desakan selanjutnya untuk mendapatkan jawapan lebih jelas terhadap banyak persoalan berbangkit berkaitan dengan 'Projek M' di mana perkataan M dikatakan bermaksud 'Mahathir'.
"Memang cantik ada 'M'. Dulupun pernah ada kerajaan MM (atau 2M)," katanya secara sinis merujuk kepada masa Tun Musa Hitam menjadi timbalannya dalam kerajaan.
Ekoran projek rahsia tersebut yang kadangkala dirujuk sebagai 'Projek Mahathir' atau Projek IC' didakwa kini terdapat kira-kira 1.75 juta rakyat asing di Sabah - lebih ramai daripada rakyat tempatan seramai 1.5 juta.
Menurut dakwaan tersebut, satu perjumpaan sulit telah diadakan di Kuala Lumpur untuk membincangkan rancangan tersebut, dan antara yang hadir, ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayub dan Ketua Setiausaha Negara (KPN), Tan Sri Ahmad Sarji.
Ahmad dikatakan membantah rancangan tersebut, tetapi diberitahu bahawa Dr Mahathir telah memberi lampu hijau.
Bercakap kepada editor malaysiakini dalam satu temubual eksklusif di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya baru-baru ini, Dr Mahathir mendedahkan memang ada beberapa individu dari Sabah yang mungkin terbabit dalam pengeluaran KP kepada rakyat asing untuk mengundi Umno.
Saya mahu tapis internet tapi
Bekas Perdana Menteri itu yang mentadbir Malaysia selama 22 tahun bagaimanapun menolak sebarang tanggapan bahawa projek seumpama itu ditaja oleh Umno atau pihak kerajaan.
"Pastinya tidak. Mungkin ia dilakukan oleh sesetengah orang yang ada kepentingan, mungkin kerana wang," katanya.
Saya mahu tapis internet tapi
Mengenai perkara lain, Dr Mahathir berkata janjinya untuk tidak menapis internet adalah sesuatu yang bercanggah dengan kehendak sebenar beliau.
Katanya, beliau 'dipaksa' berbuat demikian oleh Penal Penasihat Koridor Raya Multimedia yang dianggotai pakar teknologi maklumat untuk mendapatkan bantuan pelabur asing untuk memajukan projek seperti Lembah Silicon.
"Malah, pada masa itu, saya mahu menapis internet kerana saya rasa internet merosakkan nilai-nilai moral," tambahnya merujuk kepada menyebaran bahan-bahan lucah di internet.
"Pada masa ini, keadaannya tidak teruk sangat. Sekarang ini, ia amat teruk sekali," katanya. Bagaimanapun beliau segera menambah bahawa ideanya untuk menapis internet itu tidak termasuk menapis 'pandangan lawan'.
"Saya tidak berniat untuk menapis pandangan lawan. Ia ok, tetapi menapis benda yang kotor dan jijik," katanya.
Pengisytiharan Negara Islam
Dr Mahathir juga menolak tanggapan bahawa peningkatan ketegangan agama baru-baru ini ada kaitan dengan pengisytiharannya pada September 2001 bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.
Sebaliknya, kata beliau, ketegangan hubungan antara orang Islam dengan bukan Islam adalah kerana pihak berkuasa agama menyalahtafsir mengenai agama serta kegagalan mereka untuk mematuhi ajaran Islam yang sebenarnya.
"Ianya tiada kena mengena dengan Negara Islam peningkatan ketegangan ini. Ianya kerana anda tidak memperjelaskan perkara itu dengan sebaik-baiknya kepada pihak berkenaan," kata Dr Mahathir.
"Perkara ini menjadi masalah kerana penyalahtafsiran. Balik dan cari apakah yang Islam mahu anda laku dalam kes-kes seumpama itu. Balik kepada al-Quran. Ada jawapannya," katanya.
Dr Mahathir tidak percaya tindakan memisahkan pasangan suami isteri dan antara ibubapa dengan anak-anak mereka atas alasan agama seperti dalam kes R Subashini dibenarkan oleh al-Quran.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.