Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan yang ditadbirnya bukan anti-Islam seperti yang didakwa beberapa pihak.
Malah, katanya, peruntukan untuk agama Islam adalah lebih tinggi berbanding dahulu.
“.. bantuan untuk sekolah agama rakyat yang dahulu dibatalkan, tetapi saya memilih berbeza, kita akan bantu semua sekolah agama rakyat.
“Di mana yang kata kita anti-Islam?” dia dipetik sebagai berkata oleh agensi berita nasional Bernama hari ini.

Dia berkata demikian ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri kepada penjawat awam Negeri Sembilan di Seremban.
Ia turut dihadiri oleh Menteri Besar Aminuddin Harun, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook dan Ketua Setiausaha Negara Mohd Zuki Ali.
Laporan Bernama tidak menyebut sama ada Anwar merujuk secara khusus kepada mana-mana pihak yang membuat dakwaan itu.
