Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil tampil membidas hantaran media sosial yang menggunakan identiti LGBT bekas Adun DAP sebagai kempen politik.

Menyifatkan hantaran itu - yang kini sudah dipadam - sebagai "fitnah", Fahmi berkongsi perbualan WhatsAppnya dengan Setiausaha Agong DAP Anthony Loke yang menjelaskan isu itu.

"Ini adalah fitnah dan berniat jahat. Saudara Anthony Loke memaklumkan bahawa individu tersebut bukan lagi seorang Adun di Pulau Pinang (sepenggal, pada 2013), dan telah meninggalkan Malaysia sejak 2018 dan menetap di Amerika Syarikat," katanya di Twitter.

Fahmi memberi maklum balas kepada pengguna Twitter yang telah berkongsi imej yang kelihatan seperti tangkap layar hantaran Facebook, yang didakwa dimuat naik bekas Adun itu.

Dalam catatan Facebook, yang tidak lagi boleh diakses oleh orang ramai, dia dikatakan telah mengumumkan lamarannya kepada teman wanitanya di Pulau Pinang bulan lepas.

Malaysiakini tidak menyiarkan namanya sementara menunggu maklum balasnya.

Pengguna Twitter itu, yang berkongsi tangkap layar berkenaan turut memasukkan gambar di mana dia dinamakan sebagai Adun DAP, tanpa menunjukkan bahawa dia tidak lagi memegang jawatan itu.

Dia berkata ini adalah bukti bahawa DAP tidak menjunjung Perlembagaan Persekutuan atau Rukunegara, salah satunya adalah "kesopanan dan kesusilaan". Dia telah memadamkan hantaran berkenaan.

Loke dalam penjelasannya menjangkakan isu itu akan didan menteri kabinet, di mana Loke memberi amaran bahawa isu itu akan "dipermainkan secara besar-besaran oleh PN".

Menteri pengangkutan itu kemudian menjelaskan bahawa individu berkenaan sememangnya Adun sepenggal Pulau Pinang pada 2013, yang tidak bertanding pada 2018 dan berpindah ke AS pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, Fahmi kemudian memadam perkongsian di Twitter itu.