Anwar umum dana RM10 juta bantu golongan miskin dapatkan khidmat guaman
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juga kepada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan, untuk mendapatkan bantuan guaman.
Beliau berkata sejak mula operasi YBGK pada 2012, penyediaan khidmat itu telah menyaksikan ratusan ribu orang telah mendapat pembelaan dalam prosiding jenayah.
“Menerusi pengalaman saya yang tidak banyak, tidak terlalu terhad sangat di Sungai Buloh.. saya telah lihat beratus-ratus banduan diberikan peluang untuk membela diri bersama dalam perbicaraan yang cukup adil.
“… sehubungan itu saya terpanggil untuk mengumumkan satu lagi tambahan RM10 juta bagi tujuan ini,” katanya dalam ucaptama di Persidangan Undang-undang Malaysia Antarabangsa di Kuala Lumpur, hari ini.

Perdana Menteri berkata akses kepada keadilan telah ditingkatkan dengan ketara, dengan YBGK menjadi pembekal bantuan guaman terbesar dalam negara, dan kerajaan juga memperakui peranan yang dimainkan Badan Peguam Malaysia dalam inisiatif ini.
- Bernama
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/07/d1f6dc93ebef715bdfa000dfa9dbd23d.jpg)
