Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bekas ketua pemuda Umno Machang umum sertai Bersatu
Diterbitkan:  Jul 16, 2023 12:56 PM
Dikemaskini: 4:56 AM

Bekas ketua pemuda Umno bahagian Machang, Eriandi Ismail pengumumkan penyertaannya ke dalam Bersatu dan membuat penampilan pertama di pentas ceramah Perikatan Nasional (PN), malam tadi.

Menurutnya, langkah yang diambilnya itu bukan keputusan dibuat sehari dua tetapi selepas sekian lama difikirkan selain bertanya pandangan pelbagai pihak.

"Ringkas ceritanya saya bukan buat keputusan sehari dua hari ini untuk menyertai Bersatu tetapi dah lama, tanya pandangan orang tua, orang alim dan orang pelbagai peringkat untuk saya membuat keputusan malam ini.

"Bukan mudah untuk membuat keputusan meninggalkan parti yang saya sertai lebih 20 tahun, saya bukan tokoh besar, kecil saja. Paling tinggi pun jadi naib ketua pemuda Umno Kelantan sahaja dan jadi calon dua kali.

"Cuma oleh kerana ada sedikit pengalaman dalam konteks politik di Machang ini, maka saya ambil keputusan untuk bersama Perikatan Nasional (PN). Saya jumpa dan tanya ibu bapa, kerana ibu saya masih ketua wanita Umno bahagian Machang," katanya ketika berceramah sempena program Ppakat Pertahan peringkat parlimen Machang, malam tadi.

Program itu turut menampkan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim

Eriandi sebelum ini pernah ditampilkan sebagai calon bagi kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kemuning pada 2013 dan 2018 bagaimana tewas kepada calon PAS, Mohd Roseli Ismail.

Sementara itu tambah Eriandi dia keluar daripada Umno bukan disebabkan tawaran tertentu sebaliknya menolak kerjasama antara parti itu dengan DAP.

"Tatkala Umno ambil keputusan bergabung dengan DAP, saya ambil keputusan mohon izin daripada ibu bapa untuk meninggalkan umno dan BN.

"Jangan marahkan saya, saya tak rela tangan ini mengundi logo dacing dalam PRN (pilihan raya negeri (PRN) kerana di sebalik logo itu terselit DAP. Maka saya ambil keputusan bersama PN," katanya yang mendakwa lebih 200 penyokongnya turut menyertai Bersatu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS