Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mesyuarat SPR tentukan tarikh PRK Kuala Terengganu sedang berlangsung
Diterbitkan:  Jul 18, 2023 8:37 AM
Dikemaskini: 2:52 AM

Mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membincangkan urusan dan tarikh-tarikh penting untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu, sedang berlangsung di Menara SPR di sini.

Mesyuarat dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bermula pada jam 10 pagi itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom dan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak.

Ahli-ahli SPR yang turut menghadiri mesyuarat terdiri daripada Datuk Dr Lee Bee Phang, Zoey Randhawa, Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis dan Datuk Nik Ali Mat Yunus.

Khamis lalu, Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan mesyuarat khas itu diadakan selepas suruhanjaya menerima Laporan Hakim Pilihan Raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkenaan keputusan mahkamah membatalkan pilihan raya bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen Kuala Terengganu pada 19 November lalu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS