Tiada politik perkauman - 'Imagine' versi Mahathir
Dr Mahathir Mohamad dalam tulisannya di media sosial menghuraikan apa yang disifatkannya sebagai Malaysia yang tanpa politik perkauman.
Jika penyanyi Britain, Lennon Lennon yang terkenal dengan lagu ‘Imagine’ membayangkan dunia tanpa agama, pemilikan atau sempadan seperti dalam lagu hitnya itu, imaginasi bekas perdana menteri berusia 98 tahun itu pula berakar umbi pada asimilasi kaum dan budaya.
Dalam satu hantaran di Facebook bertajuk "Imagine", bekas perdana menteri itu, yang sekali lagi menghamburkan dakwaan tidak berasas terhadap masyarakat bukan Melayu, dengan mengimbas kembali zaman persekolahannya pada 1930-an.
“Saya bersekolah di sekolah Inggeris kerajaan di Alor Setar (Kedah)... Rakan sekelas saya berbeza kaum. Ada Melayu, Cina, India, Serani dan Sikh.
“Saya jalinkan persahabatan dengan mereka. Satu, khususnya, adalah kawan rapat. Dia orang Cina. Dia adalah anak kepada setiausaha perbendaharaan negeri Kedah, Lee Ewe Boon, ketika itu. Bapanya itu bukan sahaja berbahasa Melayu tetapi dia boleh menulis dan membaca tulisan Jawi,” katanya.

Menurut Mahathir, kebanyakan orang Cina ketika itu bertutur dalam bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda mereka sebelum British menjajah Singapura dan Pulau Pinang.
“Cara hidup mereka juga berubah. Kaum wanita memakai kain sarung dan kebaya labuh. Mereka tidak lagi mempunyai kaki kecil. Kaum lelaki pula tidak lagi mempunyai tocang. Mereka dipanggil Baba dan Nyonya,” katanya.
Mahathir berkata kebanjiran pendatang Cina dan India melebihi bilangan Baba dan Nyonya di bawah British.
Bagaimanapun, Mahathir berkata ini berubah apabila British menjajah Singapura dan Pulau Pinang, yang membawa kepada kemasukan pendatang Cina dan India, yang melebihi bilangan masyarkat Baba dan Nyonya.

“Mereka tidak nampak keperluan untuk mengamalkan budaya Baba Nyonya.
“Mereka kekal menjadi sangat Cina, bertutur dalam dialek Cina, tinggal sebahagian besarnya dalam komuniti sendiri. Mereka berniaga secara agresif dan berjaya.
“Politik mereka adalah mengenai China. Mereka menyokong gerakan menggulingkan dinasti Manchu di China oleh Sun Yat-sen. Mereka mengumpul banyak wang untuk perjuangan ini. Malangnya mereka juga memujuk kaum Baba dan Nyonya supaya menjadi Cina semula, berbahasa Cina,” katanya.
Mahathir kemudiannya membayangkan bagaimana keadaan Malaysia jika semua orang keturunan Cina bercakap dalam bahasa Melayu dan mengekalkan sebahagian daripada budaya Baba dan Nyonya dan belajar di sekolah kebangsaan.

“Seperti di Indonesia, Thailand, Filipina, Amerika Syarikat dan Australia mereka akan hanya dikenali melalui negara angkat mereka.
“Mereka adalah warga Indonesia, Thailand, Filipina, Amerika dan Australia. Mereka tidak lagi dikenali sebagai Cina Indonesia, Cina Filipina, Cina Thai, Cina Amerika atau Cina Australia.
“Mereka akan pergi ke sekolah kebangsaan dan bergaul dengan Melayu dan bumiputera. Tiada politik perkauman,” katanya lagi.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/e40a70a0a95b372a73fadc62cbbb1c74.jpg)
