Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM dedah bukti pelepasan hutang Felda, tuntut Muhyiddin minta maaf
Diterbitkan:  Jul 20, 2023 12:07 PM
Dikemaskini: 7:40 AM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mendedahkan sebahagian dokumen yang membuktikan dia telah menandatangani skim pengecualian hutang untuk peneroka Felda.

Ini selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin menuntut bukti bahawa perkara itu berlaku.

Dokumen itu ialah Akaun Rizab Perkhidmatan Kewangan (FSRA), serta penerbitan sukuk.

"Justeru itu, saya mendesak Muhyiddin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya," kata Anwar dalam satu kenyataan.

Dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Peneroka Felda di Serdang pada 7 Julai, Anwar mendakwa inisiatif untuk menstruktur semula dan memansuhkan hutang Felda di bawah pentadbiran Muhyiddin telah dijanjikan tetapi tidak pernah menjadi kenyataan.

Muhyiddin menafikan dakwaan Anwar dan memetik jawapan parlimen daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said pada 23 Feb bahawa pengecualian hutang itu dilakukan pada 2021, meski kerajaan sekarang tidak dapat meneruskan apa yang dia mulakan kerana masalah aliran tunai.

Namun, Anwar mengulangi dakwaannya pada hari berikutnya, dengan mengatakan bahawa tiada peruntukan dalam belanjawan persekutuan 2021 dan 2022 untuk mengetepikan hutang RM8.3 bilion.

Ini mendorong Muhyiddin mengeluarkan surat tuntutan, menuntut perdana menteri membuktikan dakwaannya serta memohon maaf.

Anwar kemudian mendedahkan dokumen berkaitan hari ini.

FSRA yang ditandatangani oleh Anwar, Felda, dan Kementerian Kewangan pada 26 Jun, memberi jaminan kerajaan kepada Felda.

Kementerian Kewangan, dalam kenyataan berasingan hari ini, mengulangi bahawa perjanjian itu adalah untuk memberi jaminan kerajaan RM9.9 bilion kepada Felda untuk menyusun semula hutangnya melalui penerbitan sukuk dan pusingan kredit.

Ia berkata kerajaan akan membiayai pembelian balik sukuk itu melalui terbitan geran RM990 juta setiap tahun selama 10 tahun.

Ia berkata pengeluaran pertama dilakukan pada 18 Julai - seperti dalam dokumen yang diberikan hari ini.

Lihat Komen
ADS