Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maklumat elaun Madani RM800 kepada penjawat awam adalah palsu
Diterbitkan:  Jul 26, 2023 2:48 PM
Dikemaskini: 6:48 AM

Poster yang tersebar di media sosial mendakwa kerajaan akan memperkenalkan Elaun Madani dengan bayaran minimum RM800 kepada penjawat awam adalah tidak benar.

Kementerian Kewangan menerusi hantaran di Facebook hari ini menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan berita seumpama itu di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul. Tidak pasti, jangan kongsi,” menurut hantaran itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS