Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Abdul Rahman mendakwa Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi cuba menormalisasikan rasuah.
"Saya luluskan bantuan ratusan ribu… janji 12 Ogos nanti undi parti saya.
“Tiada apa yang boleh dilihat di sini. Hanya normalisasi rasuah,” kata Syed Saddiq di Twitter.
Syed Saddiq berkata demikian mengulas tindakan Zahid mengumumkan peruntukan RM250,000 kepada Majlis Belia Negeri Terengganu dan RM200,000 kepada pasukan bermotosikal di seluruh negeri itu.
Zahid dalam pengumuman itu bagaimanapun meminta belia yang hadir dalam acara itu memilih “gelombang biru dan merah” dalam pilihan raya negeri 12 Ogos ini.
“Itu baru saya (umum). Lepas ini PM naik dia akan top up, akan tambah lagi, insya-Allah.
“Asalkan pada 12 hari bulan Ogos nanti para belia mengikut gelombang biru (BN) dan gelombang merah (Pakatan Harapan) yang ada di negeri Terengganu ini,” katanya.
Zahid kemudian berseloroh: “Kalau makin kuat tepukan, banyak banyak PM akan luluskan.”