Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ahli Amanah jadi calon, pencadang atau penyokong tanpa izin tergugur
Diterbitkan:  Jul 31, 2023 12:46 PM
Dikemaskini: 1:30 PM

Ahli Amanah yang hadir ke penamaan calon bagi pilihan raya negeri (PRN) sama ada sebagai calon, pencadang dan penyokong tanpa kebenaran parti akan terlucut keahlian mereka serta-merta.

Memetik fasal 6 perlembagaan parti tersebut, Setiausaha Agung Amanah Mohd Hatta Md Ramli berkata kenyataan itu dibuat memandangkan terdapat ahli-ahli parti itu yang berbuat demikian.

“Dalam pilihan raya ini, Amanah telah menghantar 31 nama untuk bertanding di bawah logo PH dengan semangat kerajaan perpaduan bersama BN.

“Kerjasama antara PH dan BN juga semakin kukuh apabila rundingan dan agihan kerusi telah berjaya dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

“Objektif yang mahu dicapai dalam rundingan ini adalah memastikan tiada pertembungan berlaku di semua kerusi DUN yang ditandingi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dia berharap supaya semua calon dan jentera dapat memberikan tumpuan untuk memastikan semua kerusi yang ditandingi dapat dimenangi.

“Dalam mana-mana kerjasama dan rundingan, prinsip ‘menang-menang’ sentiasa menjadi keutamaan.

“Namun begitu, bagi mencapai prinsip ini, sudah tentu setiap pihak yang terlibat perlu melakukan pengorbanan bagi memastikan kemenangan yang lebih besar dapat dicapai,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS