Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Peratusan undi awal di empat negeri rekod lebih 80 peratus

Empat negeri merekodkan peratusan keluar mengundi lebih 80 peratus bagi undi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat jam 1 tengah hari.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Terengganu merekodkan peratusan tertinggi iaitu 85 peratus, diikuti Kelantan dan Negeri Sembilan, masing-masing dengan 83 peratus, manakala Kedah dengan 81 peratus.

Pulau Pinang pula merekodkan 80 peratus, diikuti Selangor dengan 78 peratus, manakala peratusan undi awal PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 80 peratus.

Undi awal membabitkan 49,660 anggota tentera dan 47,728 anggota polis bersama pasangan masing-masing di enam negeri yang mengadakan PRN.

Sementara itu, seramai 1,362 anggota polis dan 35 anggota tentera bersama pasangan akan terbabit dengan proses pengundian awal bagi PRK Kuala Terengganu.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula jam 8 pagi ini.

Turut dibuka, tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

Lebih 50 peratus mengundi setakat 11 pagi

Peratusan keluar mengundi bagi undi awal di enam negeri yang mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu mencecah lebih 50 peratus setakat 11 pagi ini.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Kelantan masih merekodkan peratusan tertinggi iaitu 63 peratus, diikuti Kedah dengan 61 peratus dan Negeri Sembilan, 60 peratus.

Terengganu dan Pulau Pinang, masing-masing merekodkan 59 peratus; Selangor dengan 55 peratus manakala peratusan undi awal bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu direkodkan sebanyak 53 peratus.

Sebanyak 260 pusat mengundi awal yang mengandungi 377 tempat mengundi atau saluran awal sempena PRN di enam negeri, dibuka serentak bermula 8 pagi ini.

Turut dibuka tiga pusat mengundi awal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu bagi PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS