DBP akhirnya setuju bertemu kesatuan pekerja
Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akhirnya bersetuju untuk berjumpa dan berbincang dengan Kesatuan Pekerja DBP bagi menyelesaikan isu bantahan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang baru, Kamarulzaman Shaharuddin.
Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akhirnya bersetuju untuk berjumpa dan berbincang dengan Kesatuan Pekerja DBP bagi menyelesaikan isu bantahan pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP yang baru, Kamarulzaman Shaharuddin.
Berikutan itu, Yang Dipertua Kesatuan Pekerja DBP, Hasni Abas berkata, perbincangan antara kedua-dua pihak akan diadakan pada 28 Mei ini..
Kamarulzaman dilantik mengantikan Datuk Mohamad Abu Bakar Januari lalu tetapi dibantah oleh kesatuan pekerja DBP kerana dikatakan tidak mengikuti syarat pelantikan.
Bantahan dibuat kerana beliau merupakan kakitangan Kumpulan N, iaitu dari bahagian pentadbiran dan tidak mempunyai pengalaman dalam bidang kesusteraan dan penulisan.
Manakala syarat untuk menjadi ketua pengarah dan timbalan ketua pengarah DBP ialah mesti dari Kumpulan S, iaitu dari bahagian kesusasteraan.
Surat tunjuk sebab
Berikutan itu, ahli Kesatuan Pekerja DBP telah mengadakan piket membantah pelantikan Kamarulzaman.
Hasni berkata, pihak pentadbiran DBP telah mengeluarkan surat amaran kepada 71 kakitangan terbabit mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap mereka.
Peguam Kesatuan Pekerja telah menghantar notis tujuh hari yang memberi tempoh sehingga 15 Mei kepadz pihak pentadbiran untuk menarik balik surat amaran tersebut.
Katanya, dua minggu telah berlalu tetapi pihak pentadbiran belum menarik balik surat amaran tersebut
"Saya dimaklumkan Kementerian Sumber Manusia akan berjumpa dengan Pengerusi Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat, Datuk Ahmad Said berkaitan isu itu," katanya.

