Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.

Anwar dilihat meninggalkan pekarangan HKL pada pukul 9.39 pagi tadi, diiringi anggota dan pegawai keselamatan.

Semalam, Anwar memaklumkan beliau menjalani prosedur pembedahan kecil gigi di HKL, dan pasukan perubatan menasihatinya untuk berada di hospital sehingga pagi Isnin.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, memaklumkan perkara itu menerusi hantaran ringkas di laman Facebook semalam.

- Bernama