ARO tarik diri kerana Anwar tidak bertanding presiden
Abdul Rahman Othman menarik diri bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding jawatan tersebut.
Abdul Rahman Othman menarik diri bertanding jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bertanding jawatan tersebut.
"Saya tidak mahu beliau bertanding dan sekaligus melanggar peraturan parti dan Pendaftar Pertubuhan kerana kesannya kepada parti," katanya ketika ditemui selepas beliau mengumumkan beliau menarik diri dri bertanding jawatan presiden kali ini.
Sebelum itu, Anwar meminta perwakilan memilih penyandang jawatan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai presiden parti. Dalam ucapannya Anwar berkata, ROS mengancam membatalkan PKR jika Anwar menjadi presiden parti.
Semalam ROS menolak permohonan bekas timbalan perdana menteri itu supaya dikecualikan daripada larangan untuk aktif dalam politik selama tahun sehingga April tahun ini.
Anwar dikenakan larangan tersebut selepas beliau disabitkan dengan tuduhan salahguna kuasa sebelum ini.
Beri sokongan
Abdul Rahman yang juga Ketua PKR bahagian Muar berkata, beliau telah mengadakan perbincangan dengan bahagian yang mencalonkan beliau mengenai keputusan menarik diri itu.
"Tujuh bahagian yang mencalonkan saya menghormati dan memberi sokongan kepada saya untuk tidak bertanding jawatan presiden," katanya.
Beliau berkata, beliau mencalonkan diri untuk bertanding sebagi satu isyarat supaya Anwar perlu mematuhi peraturan sebelum bertanding jawatan presiden.
Katanya, keputusan Anwar menarik diri sebagai satu keputusan yang sangat baik kepada parti terutama menjelang pilihanraya umum akan datang.

