Rayer buat lebih 500 ‘riuh’ pada sidang parlimen ke-14
Anggota parlimen Jelutong daripada DAP RSN Rayer membuat lebih 500 “riuh” pada sesi parlimen ke-14 dari Julai 2018 ke Oktober 2022.
Anggota parlimen Arau Shahidan Kassim pula membuat 72 riuh pada sesi seterusnya dari Disember 2022 ke Jun 2023.
Dapatan itu didedahkan oleh kumpulan masyarakat sivil MyMP yang membuat kiraan itu dan ‘menobatkan’ mereka sebagai anggota parlimen paling kontroversi pada dua sesi parlimen terakhir.

Kiraan itu dibuat berdasarkan penelitian hansard Dewan Rakyat.
Pengasas MyMP Lau Chak Onn berkata ia dibuat menggunakan bahasa program Python serta carian seperti “parlimen riuh” and “parlimen ketawa” di hansard.
Lau bagaimanapun berkata, di sebalik cara mereka itu, kedua-dua anggota parlimen itu menjalankan tugas sebagai anggota parlimen secara berkesan.

Ini berdasarkan rekod kehadiran dan penglibatan dalam perbahasan parlimen.
“Analisis ini dijalankan untuk orang ramai memantau prestasi anggota parlimen dengan cara yang lucu dan menghiburkan,” katanya.
Sementara itu, Lau berkata, untuk sesi parlimen ke-15, mereka hanya mengumpulkan sampel data yang lebih kecil tetapi akan mengemaskininya dari masa ke semasa.

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/711c12c3d74634bbb297fffae9c6ad96.jpg)
