Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pelajar sekolah menengah ditahan bersama lebih 7 liter ketum
Diterbitkan:  Sep 7, 2023 11:29 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

Seorang pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di Bachok, Kelantan, ditahan polis kerana dipercayai menjalankan aktiviti penjualan air ketum.

Ketua Polis Daerah Bachok, Supt Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata polis membuat serbuan kira-jam jam 6.30 petang semalam di hadapan sebuah rumah kayu di Jalan Kandis, Kampung Telong.

Katanya, ketika kejadian seorang lelaki cuba melarikan diri ke dalam sebuah stor namun berjaya ditahan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan lanjut dapati lelaki tersebut merupakan seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah dalam daerah Bachok.

“Pemeriksaan di dalam bahagian stor dibuat dan polis menemukan 7.5 liter air ketum yang dipercayai untuk dijual dengan nilai rampasan sebanyak RM150,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Mohamad Ismail berkata, hasil saringan air kencing mendapati pelajar lelaki tersebut negatif dadah dan tiada rekod lampau direkodkan.

“Pelajar tersebut telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok untuk direman dan siasatan lanjut, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya.

Lihat Komen
ADS