Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM tahan pengetua, ketua pembantu tadbir sekolah

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pengetua sekolah dan ketua pembantu tadbir sekolah kerana disyaki bersubahat meminta dan menerima rasuah berjumlah lebih RM17,000, awal tahun ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 53 tahun dan wanita berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM cawangan Kluang kira-kira jam 7 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

"Difahamkan, lelaki terbabit telah meminta dan menerima wang rasuah daripada seorang kontraktor sebagai balasan memberikan kerja-kerja penyelenggaraan pagar di asrama sekolah kepada syarikat milik kontraktor tersebut, Januari lalu," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Kedua-dua individu tersebut kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS