Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pendakwaan rayu keputusan kes rasuah Bung Moktar, isteri

Pihak pendakwaan memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Bung Moktar Radin dan isterinya, Zizie Izette Abdul Samad atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan RM2.8 juta.

Ketika dihubungi petang ini, peguam Zizie Izette, K Kumaraendran mengesahkan bahawa pihak pendakwa telah memfailkan notis berkenaan.

Bagaimanapun, kata peguam itu, Mahkamah Rayuan masih belum menetapkan tarikh untuk pengurusan kes rayuan tersebut.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Azhar Abdul Hamid pada 7 September lalu untuk membebaskan pasangan itu selepas membenarkan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkan mereka membela diri pada tahun lalu.

Dia memutuskan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah terkhilaf dalam memerintahkan pasangan itu membela diri dan berkata, tiada bukti menunjukkan dua saksi pendakwaan iaitu ejen Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar dan Madhi Abdul Hamid, memberi wang rasuah kepada ahli Parlimen Kinabatangan itu melalui Zizie Izette.

Pada 2 September tahun lalu, hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob memerintahkan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 45, membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS