Lina Joy kecewa dengan keputusan mahkamah
Lina Joy mendakwa mahkamah tertinggi di Malaysia telah menafikan hak asasinya apabila menolak permohonannya untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang sebagai seorang penganut agama Kristian.
Lina Joy mendakwa mahkamah tertinggi di Malaysia telah menafikan hak asasinya apabila menolak permohonannya untuk mendapatkan pengiktirafan undang-undang sebagai seorang penganut agama Kristian.
Ulasan Lina Joy itu disiarkan dalam akhbar the Star hari ini , selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya untuk mendapat pengiktirafan tersebut semalam.
Lina, 43, memohon supaya dibuang perkataan 'Islam' pada kad pengenalannya.
Mahkamah Persekutuan telah menolak kesnya dan berkata, hanya Mahkamah Syariah mempunyai bidangkuasa undang-undang untuk mengesahkan dia telah bertukar agama.
Bercakap melalui peguamnya, laporan tersebut memetik Lina sebagai berkata, dia kecewa kerana Mahkamah Persekutuan tidak dapat mempertahankan hak asasi yang penting bagi semua orang.
Hak kebebasan asasi
Lina merujuk kepada hak seseorang untuk mengamalkan agama pilihannya dan hak seseorang untuk mengahwini orang pilihannya.
Dia tidak boleh mengahwini pasangannya yang beragama Kristian mengikut perundangan kerana undang-undang Malaysia mensyaratkan bukan Islam perlu memeluk Islam terlebih dahulu untuk mengahwini pasangannya yang beragama Islam.
"Mahkamah Persekutuan bukan sahaja menafikan saya hak itu, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia yang menghargai hak kebebasan asasi," kata Lina dalam laporan tersebut.
Lina berharap, kesnya itu akan membawa perubahan dalam perkembangan isu-isu mengenai perlembagaan yang turut dihadapi oleh ramai lagi.
Peguamnya, Benjamin Dawson, tidak dapat memberi ulasan spontan ketika dihubungi AFP hari ini.
Penuh kekecewaan
Akhbar the New Straits Times pula memetik Lina sebagai berkata, dia menerima keputusan mahkamah tersebut dengan "dukacita yang amat sangat".
Badan-badan Islam mengalu-alukan keputusan Mahkamah Persekutuan itu manakala aktivis hak asasi manusia pula berkata, mahkamah berkenaan telah gagal menangani kebimbangan berhubung kebebasan beragama di negara ini.
Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok menggesa supaya dibuat pindaan perlembagaan yang menjelaskan keunggulan mahkamah sivil mengatasi mahkamah syariah dalam semua hal.
Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Lebih 60 penduduknya seramai 27 juta adalah orang Melayu yang beragama Islam.
Walaupun perlembagaan mendefinasikan rakyat majoriti Melayu sebagai beragama Islam, tetapi ia juga menjamin kebebasan beragama. Sebahagian rakyat keturunan Cina dan India di negara ini beragama Buddha, Hindu dan Kristian.


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.