PARLIMEN | Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini memberi jaminan bahawa kementerian itu akan terus mengkaji kaedah bagi menangani isu brain drain (penghijrahan tenaga mahir) dalam kalangan kakitangan perubatan di sektor kesihatan awam.

Katanya, brain drain merupakan isu yang dilihat secara terpeinci memandangkan terdapat jurang gaji yang besar antara kakitangan perubatan di sektor kesihatan awam dan swasta.

"Apa-apapun bagi saya kita akan terus mengkaji, melakukan libat urus, bagaimanapun untuk kita memastikan sistem di peringkat awam ini juga menarik minat supaya orang kekal di fasiliti awam berbanding dengan fasiliti swasta.

"Satu lagi pendekatan yang kita lakukan bekerjasama dengan pihak-pihak swasta untuk memastikan mereka juga dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dengan mengoptimumkan perkhidmatan kesihatan di peringkat awam dan swasta," katanya.

Zaliha berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Kok Wai (Harapan-Cheras) yang bertanya mengenai pendekatan kementerian dalam menangani brain drain yang boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan di sektor kesihatan awam.

Kekurangan kakitangan di fasiliti kesihatan awam adalah salah satu isu yang dikenal pasti ketika wabak Covid-19.

[Berita penuh menyusul]