Tak perlu undang-undang khas tangani diskriminasi OKU di tempat kerja - menteri
PARLIMEN | Tiada undang-undang khusus diperlukan untuk menangani isu diskriminasi terhadap orang kurang upaya di tempat kerja bagi, kata Menteri Sumber Manusia V Sivakumar.
Pada sidang media hari ini, menteri itu berkata walaupun sesetengah negara mempunyai undang-undang sedemikian, Malaysia mempunyai sangat sedikit kes berkaitan.
“Australia, Kanada dan India mempunyai undang-undang untuk menangani diskriminasi terhadap orang yang mempunyai kecacatan fizikal dan mental.
“Tetapi ini bergantung kepada setiap negara di mana mereka boleh mempunyai banyak kes diskriminasi berkaitan kedua-dua aspek ini, dan oleh itu memerlukan undang-undang khusus untuk menangani isu itu.
“Tetapi memandangkan negara kita hanya mempunyai lapan kes (yang dilaporkan) dan semuanya telah dikendalikan dengan baik, tidak perlu ada undang-undang khas buat masa ini untuk menangani isu ini,” katanya.
Terdahulu, Sivakumar memberitahu Dewan Rakyat bahawa setakat 30 Sept tahun ini, Jabatan Tenaga Kerja hanya menerima lapan laporan mengenai diskriminasi seumpamanya.
Katanya, lapan laporan itu tidak berkaitan dengan diskriminasi yang dihadapi pekerja kurang upaya.
Dia tidak menyatakan sama ada isu yang dilaporkan adalah daripada sektor awam atau swasta.
“Peruntukan undang-undang sedia ada sudah memadai untuk mengatasi isu berhubung pemantauan dan penguatkuasaan.
“(Ini) supaya semua pekerja dan majikan sedar akan hak dan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan persekitaran kerja yang bebas diskriminasi,” katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/ae892d114828486176463b41da99c81d.jpg)
