Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) hari ini  mengumumkan pembatalan penjualan kontroversi tanah milik kerajaan di Byram, di Seberang Perai Selatan.

Menurut kenyataan PDC hari ini, keputusan tesebut susulan perubahan majoriti struktur ekuiti syarikat dalam UMECH Land Sdn Bhd.

“Ini sehingga berlaku perubahan pihak yang mengawal dan menerajui projek yang dilaksanakan tanpa memaklumkan dan mendapat kelulusan PDC secara rasmi adalah satu isu yang dipandang serius dan tidak boleh diterima oleh lembaga PDC. 

“Oleh itu, lembaga PDC memutuskan untuk menamatkan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land Sdn Bhd dengan memberikan notis tiga bulan berdasarkan klausa 19 perjanjian usahama itu,” kata PDC.

Ia juga mengumumkan bahawa selepas penamatan kontrak, PDC diarahkan untuk mengiklan secara meluas dengan menggunakan pelbagai saluran media massa melalui Request For Proposal (RFP) untuk cadangan kolaborasi memajukan projek Taman Perindustrian Byram.

“RFP ini akan diiklankan oleh PDC di dalam masa terdekat bagi menarik pelabur yang berminat,” kata .  PDC.

PDC berkata lembaganya telah meneliti kes UMECH dan mendapati bahawa proses pemilihan syarikat itu termasuk penetapan sumbangan tunai, jadual bayaran kepada PDC adalah telus dan selaras dengan dasar PDC. 

Lembaga PDC juga mengambil maklum bahawa kolaborasi ini adalah munasabah dan memberi impak positif kepada aliran tunai PDC termasuk dari aspek komersial, dan faedah kepada pembangunan, negeri Pulau Pinang. 

Awal bulan ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mempertahankan rundingan terus antara PDC dan UMECH selepas Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang mempersoalkan proses tender dan mengapa syarikat tempatan kononnya tidak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam proses tersebut.

[Baca berita penuh]