Fahmi akan bincang dengan speaker untuk benarkan media di lobi parlimen
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil bercadang untuk membuat rayuan kepada Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul supaya membenarkan petugas media menemu bual dan bertemu dengan ahli parlimen di lobi Dewan Rakyat.
Ini berlaku selepas parlimen dalam arahan terbaharunya minggu lalu mengarahkan semua aktiviti media dihadkan di pusat medianya.
“Walaupun saya mungkin mempunyai pandangan peribadi saya sendiri, (tetapi) ini adalah dewan speaker, jadi kita perlu menghormati keputusan itu.
“Ada perkara tertentu yang merupakan sebahagian daripada peraturan dewan, jadi semua orang perlu mematuhinya.
"Tetapi saya akan bercakap dengan speaker mengenai perkara ini," kata Fahmi kepada pemberita di Parlimen awal hari ini.
Pada Ahad, parlimen mengeluarkan arahan yang secara berkesan menghalang ahli parlimen daripada mengadakan sidang akhbar dan wawancaran selain di kawasan pusat media.
Untuk rekod, pusat media itu terletak di tingkat bawah blok utama parlimen, jauh dari lobi bangunan satu tingkat di atas.
Ia adalah pengembalian dasar lama yang bermula pada 2017, ketika itu di bawah pentadbiran speaker yang berbeza, melarang wartawan daripada mengakses lobi parlimen untuk mendapatkan komen ahli parlimen.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/06/a474372f81621b36e0ceaad79d51a695.jpg)
