Keluarga ketua biro Al Jazeera terkorban di Gaza
Diterbitkan: Oct 26, 2023 4:28 PM
GLOBAL | Serangan udara tentera penceroboh Israel di tengah Gaza pada Selasa turut meragut nyawa anggota keluarga terdekat ketua Al Jazeera biro Gaza, Wael al-Dahdouh.
Sebelum itu, Wael bersama keluarganya melarikan diri ke kem Nuseirat di tengah Gaza selepas tentera penceroboh Israel memberi amaran kepada penduduk di utara wilayah terbabit supaya segera berpindah.
“Malam itu pesawat perang Israel mengebom rumah keluarga Wael al-Dahdouh di kem pelarian Nuseirat, di tengah Gaza, membunuh ahli keluarganya, termasuk isteri, anak perempuan dan anak lelakinya," lapor agensi berita WAFA.
Rangkaian media mengutuk sekeras-kerasnya tindakan sembarangan yang menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tidak bersalah di Gaza.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2020/07/f0a426723ab770b31dc02e30937220de.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.