JI: Musa Hassan nafi laporan Singapura
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan sekeras-kerasnya
laporan
bahawa seorang daripada empat anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan di Singapura telah "menjalani latihan di Malaysia".
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan sekeras-kerasnya
laporan
bahawa seorang daripada empat anggota Jemaah Islamiyah (JI) yang ditahan di Singapura telah "menjalani latihan di Malaysia".
Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Menurut satu kenyataan dalam lamanweb Kementerian Dalam Negeri Singapura, mereka ditahan antara November tahun lalu dan Februari tahun ini.
Mereka yang ditahan itu ialah Ishak Mohamed Noohu, Mohamed Hussain Saynudin, Mohamed Yassin Mohamed Nooh dan Ibrahim Mohd Noor.
"Mohamed Yassin telah terbabit memungut derma untuk JI. Dia juga telah menjalani latihan JI di Malaysia," kata kenyataan kementerian berkenaan kelmarin.
Menurut kenyataan itu, Mohamed Yassin meninggalkan Singapura pada Ogos 2001 untuk meneruskan pengajian Arab di luar negara dan sengaja menetap di luar negara beberapa tahun kemudiannya bagi mengelak pihak berkuasa Singapura.
Akhbar Berita Harian memetik Musa sebagai berkata, tidak ada anggota JI di negara ini.
Katanya, laporan Kementerian Dalam Negeri Singapura itu tidak benar dan beliau tidak pernah mendengar atau menerima sebarang laporan mengenai JI atau Al-Qaeda di negara ini.
Musa tidak dihubungi untuk mendapat komennya. AFP


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.