Bekas ahli parlimen Charles Santiago melahirkan kebimbangannya mengenai guru yang tidak dapat membezakan antara rejim Zionis dan bangsa Yahudi, justeru menyemai benih anti-Semitisme di kalangan pelajar sekolah di negara ini.

“Saya bimbang guru mungkin tidak memahami kerumitan konflik Asia Barat, apatah lagi memahami dengan jelas perbezaan antara rejim Zionis, Yahudi dan anti-Semitisme.

"Ini yang lazim berlaku apabila Zionisme digabungkan dengan orang Yahudi," katanya kepada Malaysiakini.

Charles Santiago

Charles, yang kini pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), berkata demikian ketika mengulas gesaan kerajaan agar sekolah kebangsaan menganjurkan  "Minggu Solidariti Palestin".

Katanya, memandangkan perjuangan Palestin adalah "sangat berasaskan agama" di Malaysia, guru mungkin menanam mesej yang salah dalam fikiran pelajar yang mudah terpengaruh itu.

“Amat mudah bagi guru untuk menyemai kebencian terhadap bangsa Yahudi atau mencipta kepercayaan palsu bahawa senjata mampu menamatkan konflik dan membawa keamanan,” katanya.

Pada masa yang sama, Charles berkata terdapat ribuan orang Yahudi yang menentang "penyembelihan" rakyat Palestin dan menyertai protes yang diadakan di seluruh dunia.

"Ramai lagi yang memegang sepanduk dan melaungkan slogan untuk membebaskan Palestin," katanya.

[Baca berita penuh]