‘Muhyiddin rujuk pemecatan Umno ketika bantah antilompat parti'
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin adalah punca klausa antilompat parti yang akan menyebabkan ahli Parlimen hilang kelayakan sekiranya mereka dipecat oleh parti masing-masing, dedah Setiausaha Agung DAP Anthony Loke hari ini.
Loke berkata Muhyiddin membantah klausa itu sambil merujuk kepada pemecatannya sendiri daripada Umno.

“Dia dipecat daripada Umno. Kerana dia kata dia lawan Umno dan 1MDB.
“Dalam kes dia, dia kata kalau dia dipecat daripada parti dan perlu mengosongkan kerusi, tak adil bagi dirinya,” kata Loke kepada pemberita di Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Dia berkata mesej daripada Muhyiddin itu telah disampaikan oleh Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainuddin semasa perbincangan merangka undang-undang anti-lompat parti pada 2022.
Muhyiddin dipecat daripada Umno pada 2016 selepas percubaan memberontak terhadap Najib Razak berhubung skandal 1MDB.
Bersatu menuntut supaya undang-undang anti-lompat itu dipinda susulan tindakan empat ahli Parlimennya yang berpaling tadah dan menyatakan sokongan mereka kepada pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, memandangkan keempat-empat mereka tidak meninggalkan Bersatu, justeru undang-undang anti-lompat tidak terpakai dan dan mereka tidak dikehendaki mengosongkan kerusi masing-masing.
Undang-undang antilompat dalam bentuk semasa hanya terpakai kepada ahli parlimen yang keluar daripada parti mereka, atau menyertai parti lain - dengan perlindungan yang jelas bagi wakil rakyat yang dipecat daripada parti mereka.
Susulan bantahan Bersatu, draf undang-undang asal untuk memasukkan klausa menghukum ahli Parlimen yang menentang parti mereka atau memecat mereka dikeluarkan.
Loke berkata, DAP tidak menentangnya, kerana demi memastikan undang-undang anti-lompat parti dalam beberapa bentuk masih akan digubal.
Sebaliknya, dia berkata DAP menutup kelemahan itu dengan meminda perlembagaan parti yang mensyaratkan bahawa wakil rakyat yang menentang keputusan parti dianggap "meletak jawatan" - sekali gus mencetuskan undang-undang anti-lompat.
“Kalau empat orang ini daripada DAP, dia akan hilang kerusi dia.
“Dia perlu buat pilihan raya kecil. Semudah itu," katanya.
Loke berkata Bersatu boleh mencontohi DAP untuk mengelakkan pembelotan selanjutnya.
Umno dan Amanah juga telah membuat pindaan yang sama terhadap perlembagaan parti masing-masing.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/748c16eb4d4a2239487f3d9f02c4f669.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/e154b075856d8b695c24cba7f6b62844.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/08/ed6e9f927107e38dd13f06dd8037dce9.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/c4ab6335b54707411c663ca2f6571ab1.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/07/de077626ab79614ed70e522df0dd37c7.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/03/e7fe456b087ed540993bf55e81d58b36.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/10/cc72cd14013720b944b99779faca92d3.jpg)