Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wanita mati keracunan gas monoksida dalam kereta
Diterbitkan:  Nov 27, 2023 3:35 PM
Dikemaskini: 7:35 AM

Seorang wanita ditemukan meninggal dunia di dalam kereta di Stesen Minyak Shell Jalan Sultan Ibrahim, Kota Bharu, Kelantan, lewat malam tadi.

Mangsa yang berusia 20 tahun ditemukan sekitar jam 10.17 malam bersama seorang lelaki Melayu lingkungan 20 tahun dengan keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta Perodua Myvi.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, ACP Mohd Rosdi Daud berkata mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk proses bedah siasat.

Mohd Rosdi berkata hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa disebabkan oleh keracunan gas monoksida.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur - unsur jenayah ke atas si mati dan hasil post mortem (bedah siasat) mendapati punca kematian adalah disebabkan carbon monoxide poisoning atau keracunan gas monosida,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, Mohd Rosdi berkata siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut.

“Pihak polis juga mengingatkan agar tiada mana-mana individu membuat sebarang spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati,” katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS