Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tambahan RM100 e-dompet program Madani mulai 4 Dis ini
Diterbitkan:  Nov 29, 2023 12:29 PM
Dikemaskini: 10:19 AM

Tambahan nilai e-dompet RM100 di bawah program Madani kepada semua rakyat Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas  dan  berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun boleh ditebus mulai Isnin depan, 4 Disember ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata ini akan memberi manfaat kepada 10 juta orang, dan melibatkan kos RM1 bilion.

Dia berkata tempoh penebusan adalah sehingga 20 Februari 2024.

Empat penyedia e-dompet akan terlibat dalam program itu. Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan kemudiannya berkata, penyedia e-dompet yang layak itu adalah MAE Maybank, Setel Petronas, ShopeePay dan Touch 'n Go.

Anwar membuat pengumuman itu semasa membentangkan Bajet 2024 untuk bacaan kali kedua di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu, permohonan rebat sehingga RM2,400 untuk membeli motosikal elektrik juga akan dibuka pada Disember.

Ini adalah untuk mereka yang berpendapatan kurang daripada RM120,000 setahun dan merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan pemandu beralih daripada bahan api fosil.

Bajet 2024 telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Isnin dengan undi suara.

Bajet itu kini akan dibahaskan oleh Dewan Negara, dan ia juga dijangka lulus dengan mudah.

Lihat Komen
ADS