‘Kereta rempuh motor ketika lari dari isteri’
Diterbitkan: Dec 1, 2023 4:38 PM
Polis mendedahkan kes langgar lari di Rawang yang sedang tular melibatkan pemandu yang sedang melarikan diri daripada isterinya.
"Kereta yang dipandu suspek telah merempuh sebuah motosikal kerana hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka,” kata pemangku ketua polis Gombak Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir.
Noor Ariffin berkata kejadian berlaku pada petang 29 November di Jalan Tun Teja.
Suspek kini ditahan dan kes disiasat bawah Seksyen 307 berkaitan kesalahan cubaan membunuh dan 337 Kanun Keseksaan (mencederakan dan membahayakan nyawa orang lain).
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/12/9b7fd3e4d8907380dba3e1a3942a88db.jpg)
