IGP nafi polis tahan Papagomo
Diterbitkan: Dec 6, 2023 5:39 PM | Dikemas kini: Dec 6, 2023 5:40 PM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan telah menahan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau dikenali sebagai Papagomo seperti yang didakwa pihak tertentu.
Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Razarudin Husain berkata blogger Papagomo tidak ditahan semasa membuat sesi siaran langsung menerusi akaun media sosial miliknya semalam.
"Kami tidak membuat sebarang tangkapan ke atas Papagomo, semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu seorang blogger, Raja Petra Raja Kamarudin, telah memuat naik kenyataan di media sosialnya mendakwa Papagomo telah ditahan semasa sedang bersiaran langsung di platform media sosial TikTok.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/11/01b2613411f9e04e6fbd99445edd31d6.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.