Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
25 lokasi sekitar Johor Bahru dilanda banjir kilat
Diterbitkan:  Dec 6, 2023 6:02 PM
Dikemaskini: 12:29 PM

Kira-kira 25 lokasi sekitar bandar raya Johor Bahru dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak tengah hari tadi.

Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menerusi hantaran di Facebook melaporkan sehingga jam 3.40 petang tadi, sebanyak 25 lokasi dikesan, namun sebahagiannya sudah kembali surut.

"Skuad kilat MBJB kini berada di lokasi sekitar bandar raya untuk memantau dan memastikan laluan-laluan air berfungsi dengan baik, serta kawalan di lokasi berisiko.

"Pengguna jalan raya dinasihatkan memandu berhati-hati susulan hujan lebat yang berlaku dan air laut yang mulai pasang," katanya.

Menurut MBJB, beberapa laluan terpaksa ditutup bagi mengelakkan kenderaan terperangkap termasuk di persimpangan Jalan Gertak Merah menghala ke Wisma Persekutuan dan sebahagian Jalan Kolam Ayer menghala ke pusat bandar dan Nong Chik Heights.

"Di Jalan Ayer Molek terdapat kenderaan yang terperangkap dan penguat kuasa MBJB bertindak memberi bantuan pengalihan kenderaan berkenaan," kata majlis itu.



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS