PM merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Diterbitkan: Dec 11, 2023 1:52 PM
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim merafak sembah dan ucapan tahniah sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-78 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Patik dan sekalian rakyat akan terus memberikan ketaatan dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. Dirgahayu Tuanku,” katanya.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/06/1a9d18e8d2b0b6e91490380306bcff15.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.