Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Petani di Perak gesa kerajaan pusat campur tangan isu pengusiran
Diterbitkan:  Dec 11, 2023 4:42 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Sekumpulan petani di Perak menggesa kerajaan campur tangan selepas kerajaan negeri memberikan kira-kira 1,200 hektar tanah pertanian, yang telah diusahakan sejak era 1950-an, kepada syarikat pemaju.

Menurut Free Malaysia Today, Pengerusi PSM Dr Michael Jeyakumar Devaraj bagi pihak kira-kira 300 petani yang terkesan telah menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berhubung perkara itu.

Jeyakumar dilaporkan berkata, kawasan tanah yang terlibat antaranya Tanah Hitam-Changkat Kinding dan Tanah Kanthan-Kuala Kuang.

Dia berkata kira-kira 95 peratus kawasan tanah itu diberikan kepada syarikat untuk tujuan industri dan perumahan.

"Setakat ini, tanah seluas 500 ekar (202 hektar) telah dibersihkan dan petani telah diusir.

"Kami mahu menteri Mohamad Sabu campur tangan," katanya seperti dipetik.

Jeyakumar yang merupakan bekas ahli parlimen Sungai Siput menegaskan langkah kerajaan negeri itu menjejaskan aspek keterjaminan makanan negara.

Dia juga menyanggah dakwaan bahawa petani mengusahakan tanah itu tanpa kebenaran, dengan berkata mereka telah memohon untuk menggunakan tanah itu bagi tujuan pertanian sejak 1960-an tetapi tidak mendapat respons kerajaan.

Dr Jeyakumar (duduk, dua dari kanan)

"Bukannya mereka tidak memohon. Selepas 60 tahun (menduduki tanah itu), kerajaan kini kata petani tiada dokumen. Jadi siapa yang perlu dipersalahkan di sini?" soalnya.

Pada 24 Oktober lalu, Jeyakumar dan tiga individu lain ditangkap polis ketika proses pengusiran di Kanthan, dekat Tambun.

Tiga lagi yang ditahan adalah ahli jawatankuasa PSM R Karthiges, ahli Pemuda PSM Perak K Kesavan dan petani, Ho PonTien. Mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Dua hari kemudian, Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan yang dibuat enam petani agar pengusiran ditangguhkan sehingga 12 Januari depan.

Mereka turut memfailkan semakan kehakiman bagi membatalkan notis pengusiran.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS