Pengarah Strategi Amanah Dzulkefly Ahmad, ketua DAP Selangor Gobind Singh Deo dan Naib Presiden Umno Johari Ghani kembali ke kabinet.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebentar tadi.

Dzulkefly akan kembali memegang portfolio lamanya dalam kabinet Mahathir Mohamad sebelum ini iaitu menteri kesihatan.

Dzulkefly menggantikan Zaliha Mustafa yang diberikan tugas baru sebagai nenteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dia adalah menteri pertama berdepan dengan pandemik Covid-19 ketika ia mula-mula menyerang negara beberapa tahun lepas.

Sementara itu, Gobind juga yang memegang portfolio yang hampir sama iaitu menteri digital.

Johari dilantik sebagai menteri komoditi dan perladangan.

Pengumuman Anwar hari ini menamatkan spekulasi berbulan-bulan selepas beberapa beberapa menteri dikritik tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Ia disemarakkan lagi dengan pemergian menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup (KPDN) Salahuddin Ayub yang jawatannya tidak diganti-ganti.