Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan juga tokoh korporat, Amir Hamzah Azizan hari ini dilantik sebagai menteri kewangan II.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pada sidng akhbar hari ini.

Amir Hamzah menyertai KWSP pada Mac 2021 dan adalah anak sulung kepada bekas pengerusi dan presiden Petronas, Allahyarham Azizan Zainul Abidin.

Dia juga mempunyai pengalaman meluas  dalam dunia korporat mencakupi lebih 27 tahun.

Awal hari ini, Amir Hamzah mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain KWSP dan  Tenaga Nasional Berhad, Amir Hamzah  juga pernah bersama Kumpulan Syarikat Shell, MISC Berhad, Petronas Dagangan Berhad, Petronas Lubricants Dia memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan dengan pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi dari Universiti Syracuse, New York.