Rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan ahli jemaah menteri meningkat daripada 28 ke 31 orang.
Lima menteri baru yang dilantik itu adalah Gobind Singh Deo (Digital), Dr Dzulkefly Ahmad (Kesihatan), Johari Ghani (Perladangan dan Komoditi), Steven Sim (Sumber Manusia) dan Amir Hamzah Azizan (Kewangan II).
Menteri yang digugurkan ialah V Sivakumar (Sumber Manusia).
Jumlah timbalan menteri pula naik dari 27 kepada 29 orang.
Lima timbalan menteri yang dilantik itu adalah Noraini Ahmad, M Kulasegaran, R Ramanan, Wong Kah Woh dan Zulkifli Hassan.
Sementara, timbalan menteri yang digugurkan ialah Ramkarpal Singh (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) dan Siti Aminah Aching (Perladangan dan Komoditi).
Jumlah keseluruhan pula meningkat daripada 55 kepada 60 orang.
Bagaimanapun menurut perdana menteri jumlah itu masih dianggap rendah jika dibandingkan dengan 70 orang semasa kabinet pentadbiran sebelum ini.
Berikut senarai itu:
Perdana Menteri dan Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Menteri Kewangan II: Amir Hamzah Azizan
Timbalan Menteri Kewangan: Lim Hui Ying
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Rubiah Wang
Timbalan Perdana Menteri II dan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Fadhilah Yusof
Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Menteri Pengangkutan: Anthony Loke
Timbalan Menteri: Hasbi Habibolah
Menteri Pertanian Keterjaminan Makanan: Mohammad Sabu
Timbalan Menteri: Arthur Joseph Kurup
Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Timbalan Menteri: Haniffah Hajjar Taib
Menteri Pembangunan Kerjaan Tempatan: Nga Kor Ming
Timbalan Menteri: Aiman Athirah Sabu
Menteri Luar Negeri : Mohamad Hassan
Timbalan Menteri: Mohamad Alamin
Menteri Kerja Raya: Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Ahmad Maslan
Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution Ismail
Timbalan Menteri: Shamsul Annuar Nasarah
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri: Zafrul Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Liew Chin Tong
Menteri Pertahanan: Mohamed Khaled Nordin
Timbalan Menteri: Adly Zahari
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi: Chang Lih Kang
Timbalan Menteri: Mohammad Yusof Apdal
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Noraini Ahmad
Menteri di JPM (Undang-undang dan Reformasi Institusi): Azalina Othman Said
Timbalan Menteri: M Kulasegaran
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam: Nik Nazmi Nik Ahmad
Timbalan Menteri: Huang Tiong Sii
Menteri Pembangunan Ushawan dan Koperasi: Ewon Beneddick
Timbalan Menteri: R Ramanan
Menteri Pendidikan Tinggi: Zambry Abdul Kadir
Timbalan Menteri: Mustapha @ Mohd Yunus Sakmud
Menteri Kebudayaan, Pelancongan dan Seni: Tiong King Sing
Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akbar Khan
Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
Timbalan Menteri: Teo Nie Ching
Menteri Pendidikan: Fahdlina Sidek
Timbalan Menteri: Wong Kah Woh
Menteri Perpaduan: Aaron Ago anak Dagang
Timbalan Menteri: K Saraswathy
Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama): Mohd Naim Mokhtar
Timbalan Menteri: Zulkifli Hasan
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Timbalan Menteri: Adam Adly
Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan): Dr Zaliha Mustafa
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup: Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri: Fuziah Salleh
Menteri Perladangan dan Komoditi: Johari Ghani
Timbalan Menteri: Chan Foong Hin
Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri: Lukanisman Awang Sauni
Menteri Digital: Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri: Ugak anak Kumbong
Menteri Sumber Manusia: Steven Sim
Timbalan Menteri: Rahman Mohamad