Anwar salur sumbangan kepada 150 pendukung asal reformasi
Diterbitkan: Dec 13, 2023 8:00 AM | Dikemas kini: Dec 13, 2023 11:49 AM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberikan sumbangan bantuan kepada 150 individu yang merupakan pendukung asal reformasi menerusi program Program Madani Kasih.
Hadir mewakili Perdana Menteri dalam menyantuni dan menyerahkan sumbangan itu dalam program di Kelab Tasik Putrajaya ialah setiausaha politiknya Ahmad Farhan Fauzi.
“Kesemua penerima merupakan pendukung asal reformasi yang kini sudah lanjut usia dan mempunyai masalah kesihatan.
“Saya berharap agar bantuan ini akan sedikit sebanyak meringankan beban mereka, Insya-Allah,” kata Anwar menerusi hantaran di laman Facebook.
Dalam hantaran sama, perdana menteri turut berkongsi beberapa gambar suasana majlis berkenaan.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/12/7a7317776beb6edf29a773153e457c70.jpg)

Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.