Bomba bantu pecahkan pintu rumah warga emas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang hari ini terpaksa memecahkan pintu sebuah rumah setelah menerima aduan mengenai seorang warga emas terkunci di dalamnya.
Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Pulau Pinang sebaik sahaja pintu kediaman di Flat Lumba Kuda, Air Itam itu berjaya dibuka, Ong Liang Soon, 73, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Dia kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Pihak bomba menerima panggilan bagi membantu membuka pintu rumah lelaki itu oleh pihak polis kira-kira jam 1.25 tengah hari sebelum menemukan lelaki tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri.
"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.
- Bernama
/file/992/7bb80362111e6e627e620ca7b487d839.jpeg)
