Fikir di luar kotak untuk selesaikan jerebu rentas sempadan - Yeo
Bekas menteri Yeo Bee Yin hari ini mencadangkan kepada kerajaan supaya "berfikir di luar kotak" apabila menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.
Bercakap pada sesi townhall anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian, Yeo menyangkal alasan di sebalik kelewatan dalam melaksanakan cadangan Akta Jerebu Merentasi Sempadan.

“Kamu perlu memikirkan bukan tentang apa yang telah kamu lakukan tetapi apa yang boleh kamu lakukan, dan itu adalah Akta Jerebu Merentasi Sempadan.
"Saya ada cadangan, tetapi ia perlu dipertimbangkan jika ia boleh digunakan," kata Yeo pada mesyuarat hari ini yang juga dihadiri oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Penyelesaian "luar kotak" Yeo adalah supaya syarikat Malaysia yang beroperasi di Indonesia diberi mandat untuk mendedahkan data satelit operasi mereka.
Dia merujuk kepada empat syarikat firma berkaitan Malaysia yang dinamakan oleh Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia Siti Nurbaya Bakar pada 2019 sebagai punca beberapa kebakaran hutan di Indonesia.
Siti Nurbaya dilaporkan berkata, bahawa beberapa bidang tanah empat syarikat itu telah disita kerana kebakaran telah dikesan di kawasan mereka.
“Mengapa dia hanya namakan empat (syarikat)? Kerana tiada pendedahan yang sewajarnya mengenai syarikat kita sendiri yang boleh menyebabkan kita disalahkan. Ini tidak baik untuk syarikat kita juga.

“Akta Rentas Sempadan adalah supaya kita dapat membezakan antara syarikat Malaysia daripada syarikat Indonesia, dan dengan itu membantu kita dengan imej sebagai negara ladang kelapa sawit,” katanya.
Empat syarikat itu ialah Sukses Karya Sawit, yang merupakan sebahagian daripada unit IOI Corporation (IOI), dan Sime Indo Agro, yang adalah unit Sime Darby Plantation (Sime Darby). IOI Corporation ialah sebuah konglomerat yang beribu pejabat di Putrajaya, manakala Sime Darby ialah sebuah syarikat berkaitan kerajaan Malaysia.
Dua lagi syarikat yang dinamakan Siti Nurbaya ialah Rafi Kamajaya Abadi - sebuah unit TDM Bhd milik Terengganu - dan Adei Plantation yang berpangkalan di Riau, dimiliki oleh Kuala Lumpur Kepong Bhd.
Susulan itu, Yeo - yang merupakan menteri tenaga, sains, teknologi, alam sekitar dan perubahan iklim ketika itu - berkata kementeriannya bersedia merangka Akta Jerebu Merentasi Sempadan untuk menghukum syarikat-syarikat Malaysia yang menyebabkan jerebu di negara lain.
Pada November tahun ini, Putrajaya memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan yang bertujuan untuk menjenayahkan tindakan menyebabkan atau menyumbang kepada pencemaran jerebu di negara ini.

Dalam jawapan bertulisnya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata maklum balas daripada Jabatan Peguam Negara dan pandangan pakar undang-undang menyebabkan kerajaan membuat kesimpulan bahawa akan ada kesukaran mendapatkan maklumat yang diperlukan bagi tujuan pendakwaan.
Pada 2014, Singapura menjadi negara pertama di rantau Asean yang menggubal undang-undang yang menjenayahkan pihak yang menyebabkan jerebu rentas sempadan.
Bagaimanapun, belum ada sesiapa pun yang telah didakwa dan jerebu berterusan saban tahun di Singapura dan Malaysia.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2019/02/9e90328fc67e4f6917e99788244baea5.jpg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/11/02dd2ecb10da7de4b638616638581743.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/10/d3062f7b708ee12d30d06451cdfc78cb.jpg)
/file/950/b5d67e0f66b37b0de24adf53c41f2fc8.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/12/440154625a6afb8a1a5735adfc3afa16.jpg)