Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Skim pencen: Keputusan kajian turut libatkan ahli politik

Anwar Ibrahim berkata keputusan yang dibuat hasil kajian membabitkan skim saraan dalam kalangan penjawat awam turut terpakai kepada ahli-ahli politik di negara ini.

Katanya beliau secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan itu.

Bagaimanapun, kata perdana menteri, perkara berkenaan akan dimuktamadkan oleh jemaah menteri selepas mendengar pandangan pelbagai pihak dan kajian mendalam melibatkan pelbagai aspek Perlembagaan Persekutuan.

“Bagi ahli politik, apa jua keputusan ditetapkan bagi penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik.

“Kalau kita mula pada 1 Feb 2024, semua kemasukan baru itu tidak berpencen, maka perkara itu juga sama untuk semua pelantikan baru (termasuk) ahli politik,” katanya ketika ditemui pemberita sebelum makan tengah hari di Restoran Nasi Kandar Pelita di Kuala Lumpur hari ini.

[Laporan lanjut menyusul]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS