Anwar jangka keputusan berkaitan Najib diumum hari ini
Perkembangan terbaru: Hukuman dikurangkan, Najib bebas Ogos 2028
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjangkakan keputusan berkaitan permohonan pengampunan diraja Najib Razak akan diumumkan hari ini.
“Saya rasa begitu,” katanya kepada disoal pemberita sama ada ia akan diumumkan hari ini.
Dia berkata demikian selepas solat Jumaat di Masjid Jamek, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Sebelum sembahyang Jumaat, Anwar mengesahkan Lembaga Pengampunan telah membuat keputusan mengenai permohonan pengampunan oleh bekas perdana menteri Umno itu.
Dia bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang butiran dan hanya meminta orang ramai menunggu pengumuman rasmi.
Menjawab soalan pemberita di gerai nasi campur di Kompleks Pertama, Kuala Lumpur, dia juga tidak menjawab soalan sama ada Najib mendapat pengampunan penuh atau separa.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan Najib mendapat pengampunan dan dibebaskan tetapi menarik balik berita itu tidak lama kemudian.
Media Singapura Channel News Asia (CNA) pula melaporkan Lembaga Pengampunan yang bersidang Isnin lalu memendekkan tempoh penjara Najib daripada 12 kepada enam tahun.
Kerajaan tidak mengesah atau menafikan sebarang laporan setakat ini dan hanya meminta semua pihak menunggu pengumuman rasmi.
/file/1279/45b16bc9da421e6ad1c6f1eea76e0b2a.jpeg)

/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/02/c31676f34aa8bb2d6b58d5b75b3c6339.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/11/868dbe7a6175a522dda4c061b098ebaa.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2022/08/c425f95bf1d65ab0b13e9b09e3af6398.jpg)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/b87ab38da7bfaea4715d463cadc91435.png)
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/09/ba67c4fa0e952b4df2b95d67c26a1d99.jpg)