Anak ahli politik didakwa tunjuk kemaluan pada budak sekolah
Anak seorang ahli politik Sabah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan amang seksual dengan menunjukkan kemaluan kepada seorang pelajar tingkatan lima berusia 17 tahun.
Mohd Nadzmi Abdul Manan, 25, bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Rosli Ahmad di Mahkamah Sesyen Tawau, lapor Berita Harian.
Nadzmi didakwa melakukan kesalahan itu pada 13 Disember lalu dalam kenderaan di tepi jalan di Jalan Pokas-Kuala Bebang, Semporna, kira-kira jam 2.30 petang.
Dia didakwa bawah Seksyen 15(a)(i) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun atau denda maksimum RM20,00 atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam menangis ketika merayu supaya dibenarkan ikan jamin.
"Yang arif, saya mohon supaya diberi ikat jamin, tolong yang arif saya mahu ikat jamin," katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mohd Suhaimi Suriana berkata kes itu tidak boleh diikat jamin dan menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengurusan dan sebutan semula kes.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2021/12/3576d722ade4e05d9168ae18dc25522b.jpg)
