Mahkamah perintah Belanda henti hantar alat ganti jet F-35 ke Israel
Diterbitkan: Feb 12, 2024 8:37 PM
Sebuah mahkamah rayuan di Belanda pada Isnin memerintahkan kerajaan menghentikan penghantaran alat ganti jet pejuang F-35 ke Israel dalam tempoh tujuh hari.
Keputusan mahkamah itu susulan rayuan daripada pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa penghantaran bahagian itu menyumbang kepada pelanggaran undang-undang antarabangsa oleh Israel.
"Mahkamah memerintahkan kerajaan untuk menghentikan semua eksport dan transit bahagian F-35 dengan destinasi terakhir Israel dalam tempoh tujuh hari selepas penghakiman ini disampaikan," menurut mahkamah, lapor Agensi Anadolu.
Bahagian jet F-35 yang dihasilkan oleh Amerika Syarikat, disimpan di sebuah gudang di Belanda.
- Bernama-Anadolu
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/12/98c518c93093d96f87dc9caa27f5593c.jpg)
