Prabowo, Gibran jauh mendahului pesaing
Keputusan tidak rasmi pilihan raya umum presiden (PilPres) Indonesia 2024 yang berlangsung hari ini, menyaksikan pasangan calon Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka jauh mendahului pesaing mereka.
Beberapa badan tinjauan berdaftar melaporkan Prabowo dan Gibran memperolehi antara 57 hingga 59 peratus undi daripada data sekitar 85 peratus undi sekeluruhan setakat jam 7 petang (waktu tempatan).
Di posisi kedua pula berpihak kepada pasangan Anies Rasyid Baswedan dan Muhaimin Iskandar yang memperoleh undi tidak rasmi hampir 26 peratus.

Pasangan Ganjar Pranowo dan Mahfud Md ketinggalan dengan undian 16 peratus.
Keputusan tidak rasmi itu disiarkan melalui ‘quick count’ yang dibuat antaranya oleh Kompas.com, Charta Politika Indonesia, Indikator, Lembaga Survei Indonesia, Poltracking dan Populi Center.
‘Quick count’ merupakan proses kiraan cepat keputusan pilihan raya yang berlangsung yang menggunakan kaedah tertentu sebagai semak imbang keputusan rasmi nanti.

Agensi yang melaksanakan ‘quick count’ merupakan peninjau bebas yang berdaftar dengan Komisi Pemilihan Umum (KPU) Indonesia dan tertakluk kepada undang-undang ditetapkan KPU.
Bagaimanapun keputusan rasmi hanya dikeluarkan oleh KPU dan kebiasaannya mengambil masa selama sebulan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/02/5d196c8258300e164713a79f9623094e.jpg)
