Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Jenazah Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara
Diterbitkan:  Feb 21, 2024 9:51 AM
Dikemaskini: 3:18 AM

Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, 87, yang meninggal dunia awal pagi tadi di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.

Jenazah bekas Ketua Menteri Sarawak itu dibawa menggunakan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada pukul 9.05 pagi.

Abdul Taib meninggal dunia di hospital berkenaan pada 4.40 pagi tadi selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara bagi tujuan pengurusan kematian dan penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan.

Terdahulu, perkarangan hospital berkenaan mula dipenuhi dengan kunjungan ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

Antara yang berada di hospital adalah Timbalan Menteri Ekonomi yang juga anak perempuan Allahyarham Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

- Bernama



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS