Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Istiadat penghormatan negeri, pengebumian Abdul Taib hari ini
Diterbitkan:  Feb 22, 2024 8:45 AM
Dikemaskini: 4:11 AM

Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.

Pagi ini, jenazah allahyarham akan dibawa ke dewan undangan negeri (DUN) di Kuching bagi istiadat penghormatan negeri.

Istiadat yang berlangsung di Atrium DUN Sarawak itu akan bermula pada 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam, dif-dif kenamaan dan ahli kabinet memberikan penghormatan terakhir kepada bekas ketua menteri itu.

Solat jenazah dijadual diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman allahyarham, disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib, 87, yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS