Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Sasaran 2024 dapat dicapai, ringgit bukan satu-satunya faktor - Zafrul
Diterbitkan:  Feb 22, 2024 1:57 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

Kerajaan optimis sasaran perdagangan dan pelaburan yang ditetapkan untuk tahun ini dapat dicapai meskipun penyusutan nilai semasa ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) memandangkan banyak tonggak utama lain yang kekal mempunyai daya tarikan dan menarik minat pelabur global.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelabur akan mempertimbangkan prospek jangka panjang dan sesuatu yang menjadi sandaran dalam membuat keputusan mereka.

“Ringgit merupakan satu daripada faktor utama. Mereka ingin melihat kestabilan ringgit dan saya berpandangan bahawa kita berada pada julat yang stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jenama kenderaan elektrik terbaharu BYD Malaysia, BYD SEAL.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS