Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lelaki disaman, disiasat kerana benarkan remaja pandu kereta
Diterbitkan:  Feb 24, 2024 2:17 PM
Dikemaskini: 6:17 AM

Polis mengeluakan saman terhadap seorang lelaki tempatan kerana membenarkan seorang remaja berumur 13 tahun memandu kereta dalam kejadian di Taman Permainan Taman Daya di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata tindakan diambil susulan gambar tular di media sosial yang memaparkan remaja terbabit memandu kereta dengan lelaki berkenaan duduk di bahagian penumpang.

Dalam kenyataan hari ini dia berkata lelaki yang disaman merupakan anak kepada pengasuh remaja terbabit.

Katanya lelaki berkenaan disaman mengikut Seksyen 39(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana membenarkan kanak-kanak memandu kenderaan.

Menurut Raub, selain disaman lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana terdapat unsur pengabaian dan mendedahkan kanak-kanak kepada kecederaan fizikal.

Jika disabitkan dengan kesalahan dia boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS